TURSINA TRAVEL SDN BHD telah ditubuhkan di atas impian dan inspirasi serta pengalaman yang luas Ahli Lembaga Pengarah di dalam industri Pelancongan dan Pengembaraan. Menyedari hakikat bahawa sektor pelancongan di Negara ini amat menggalakkan, maka bermulalah operasi sepenuhnya pada 12 Febuari 2014 dengan menyediakan perkhidmatan pelancongan yang lebih efisyen dan sempurna.

Kami memperkenalkan nama Tursina Travel Sdn Bhd di pasaran dengan rangkaian perkhidmatan di sektor kerajaan, Koporat, Syarikat - syarikat perniagaan, Badan Berkanun dan juga individu. Di antara perkhidmatan yang kami sediakan adalah seperti tiket penerbangan, penempahan hotel, pakej pelancongan domestik dan antarabangsa, pakej aktiviti lasak, pakej pelajar, pakej kapal mewah, pakej Umrah, permohonan visa, Meeting, Incentive,Convention, and Exhibition (MICE) serta menawarkan perkhidmatan pengkhususan dalam sektor pelancongan.

“Travel With Care” adalah matlamat dan prinsip utama syarikat dalam memastikan setiap perjalanan para pelanggan berjalan dengan lancar dan selamat. Pihak kami berurusan terus dengan agensi terbaik di seluruh dunia dan ini merupakan salah satu faktor kejayaan kami dalam memastikan pakej yang diberikan mempunyai kualiti serta membuatkan para pelanggan lebih selesa bersama kami.

Wakaf Che Yeh, Kelantan adalah lokasi di mana terletaknya pejabat urusan kami yang merupakan pusat membeli belah yang amat popular di negeri ini. Kedudukan yang strategik ini adalah amat bersesuaian dengan misi kami untuk menjadi ejen pelancongan terbaik di Malaysia.

Tursina Travel Sdn Bhd adalah syarikat yang berstatus bumiputera dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan no lesen KPK/LN 7694. Dengan pengalaman yang luas ahli lembaga pengarah di dalam industri ini membolehkan kami memahami setiap keperluan dan permintaan pelanggan istimewa ini, untuk kini dan di masa akan datang.

Tursina Travel Sdn Bhd menongkah arus selaras dengan era baru dalam Industri Pelancongan. Oleh yang demikian, arus permodenan ini memberi kami cabaran dalam menyediakan kepakaran dan pengetahuan yang pelbagai diperlukan demi mencapai kejayaan.

Pejabat urusan kami dilengkapi dengan Sistem Penempahan tiket penerbangan. Tursina Travel Sdn Bhd berkebolehan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dari aspek tiket penerbangan domestik dan antarabangsa serta lain-lain produk pelancongan, dimana membolehkan pelanggan kami menjelajah ke serata dunia.

Tursina Travel Sdn Bhd memberikan komitmen sepenuhnya demi mencapai kualiti perkhidmatan yang terbaik, secara professional, berkepakaran dan berteknologi. Fokus syarikat kami menjurus kepada usaha memperbaiki tahap pencapaian pelancongan serta tahap keberkesanan dan kepuasan pelanggan dalam industri pelancongan negara.

Perkhidmatan Yang Kami Sediakan

  • PENEMPAHAN TIKET PENERBANGAN DALAM DAN LUAR NEGERA
  • PAKEJ PELANCONGAN DALAM DAN LUAR NEGERA
  • PAKEJ PENGEMBARAAN DAN AKTIVITI LASAK
  • PAKEJ PELAJAR
  • PAKEJ KAPAL MEWAH ( STAR CRUISE )
  • PENEMPAHAN HOTEL DALAM DAN LUAR NEGERA
  • PAKEJ UMRAH DAN ZIARAH
  • PERKHIDMATAN KERETA SEWA / LIMOUSINE DAN BAS PERSIARAN
  • PENGURUSAN PERMOHONAN VISA DAN LAIN-LAIN

Kenapa Perlu Memilih Kami ?

"SAHABAT55"

Diskaun untuk Warga Emas berumur 55 tahun ke atas

KOS TELUS

Pakej lengkap tanpa sebarang kos tersembunyi

MURAH & TERBAIK

Harga yang Rendah, Tetapi Kualiti Pakej yang Terbaik

100% JAMINAN HALAL

Pakej Muslim, 100% Jaminan Halal. Syarikat berstatus Bumiputera

JAGA WAKTU SOLAT

Penjagaan Waktu Solat Semasa Melancong

CARELINE 24 JAM

Talian Careline / Kecemasan, terus menghubungkan Pengurusan

TAKLIMAT SEBELUM BERTOLAK

Taklimat Pakej ke pejabat / tempat anda seminggu sebelum bertolak (mengikut keperluan)

TUKARAN MATA WANG

Perkhidmatan tukaran mata wang asing percuma

Kami sebuah Agensi Pelancongan Bumiputra yang Berdaftar dengan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
MATTA
PAPUH